ok this time eila nak share cara menangani tekanan ditempat kerja..hehe
semalam iela ade bce kat utusan..
warna memainkan peranan dlm menangani tekanan..
so i juz want to share here..
Merah
Kajian mendapati bahawa warna merah dapat membantu untuk mengurangkan rasa sakit kepala. Oleh itu jika anda mengalaminya letak tuala berwarna merah di atas mata anda. Ia mampu meningkatkan peredaran dan melonjakkan adrenalin.
Biru
Anda rasa tertekan? Cuba fokuskan mata anda kepada sesuatu berwarna biru. Ia berupaya merangsangkan suasana tenang dan ianya dapat mengurangkan tekanan darah. Cuba ubah screen saver anda kepada warna-warna yang dapat membuatkan anda merasa tenang dan kurangkan rasa tegang.
Merah JAmbu
Jika Anda mengalami masalah sukar untuk tidur yang selesa diwaktu malam, apa kata anda mencuba petua ini. Hiasi bilik tidur andadgn warna merah jambu,kajian mendapati warna ini mampu mewujudkan suasana santai ,selesa dan romantik.
Jingga
Apabila anda merasa murung atau cuba mengembalikan tenaga anda, cuba sesuatu yang berwarna jingga. Insya-Allah pasti mood anda akan berubah.
Hijau
Terdapat pendapat mengatakan warna ini mempunyai kesan positif dalam sistem imunisasi selain dapat menggalakkan suasana harmoni di dalam badan dan mampu melenyapkan keletihan.
Selamat mencuba =)
1 comment:
hehe...cm menarik je
Post a Comment