Tajuk kat atas tu mcm serius jek bunyiknye..hehhe..
Hehe..tetiba aku nak share benda ni..
Korang suka x kalau kena marah? Mesti la x kan..?Kalau suka xtau la nak kata apa...
Aku rasa setiap orang mesti penah kena marah kan?
aku pon..hehe..
Tp korang pun mesti penah marah orang lain gak kan..?
Cube ingat balik..
Aku kalau emosi terganggu pun kadang2 marah gak..
Tapi setiap kali aku marah, aku akan rasa bersalah..
xkira la marah slow ke kuat ke..
termarah ke..hehe..ade ke..?
Sebab ape aku rasa bersalah..sebab aku pon x suka org marah aku..
Penah skali aku keje as part time kat Rasamas Holding..
Ade akak tu dia pregnant, n aku tlg dia basuh pinggan..
Tapi dia marah aku..
Mmg tobat pastu x tolong da..
Geram la..kte tau dia penat, kte ikhlas tolong dia, dia marah kita..
Well, bnyk kenangan kna marah sbenarnya..
Tapi ade yg dah lupa da..
Dah maafkan pun..hehe..
JOM Bace Cerita ni..Moga2 menjadi pengajaran kpd kita..
Tajuk: Razif yang Pemarah
Ada seorang pemuda yang pemarah bernama Razif. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.
Razif: Untuk apakah paku-paku ini ayah?
Bapa: Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini bagi melepaskan kemarahanmu.
Pada hari yang pertama sahaja, Razif itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati adalah lebih mudah mengawal kemarahan dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut.Akhirnya tibalah pada suatu hari dimana pemuda tersebut tidak marah walau sekali pun. Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku-paku itu satu persatu pada setiap yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari. dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda itu lantas memberitahu kepada bapanya dengan bangga.
Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata.
Bapa: Kau telah melakukannya dengan baik anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut. Tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama lah seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatanmu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.
Memang senang meminta maaf dan memaafkan..
Tapi kesan nye tetap ade di hati..
Di kesempatan ini, Dalila ingin memohon beribu-ribu kemaafan kepada sesiapa saja yang pernah melalui kehidupan bersama dengan saya..
Samada dr sekolah rendah hinggalah ke universiti..
To all my friends please forgive me if i hurt you..
Nabi pernah bersabda:
Rasulullah bersabda: “Awaslah kamu daripada sifat marah kerana marah itu menyalakan api dalam hati anak Adam”.
Rasulullah pernah bersabda: “Sesiapa yang pemarah tetapi dapat menahan marahnya dengan sabar, maka Allah akan mengisi hatinya dengan keredhaan pada hari kiamat.”
Rasulullah s.a.w bersabda: “ Setiap orang Islam yang tercucuk duri atau lebih dari itu, dia akan dicatatkan satu darjat untuknya disebabkan musibah yang menimpanya itu dan dihapuskan daripadanya satu kesalahan disebabkan musibah tersebut”.
Hadis Rasulullah: “Siapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya”.
Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
“Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,
..dan dosa-dosa yang silam disulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu.”
Kita dituntut bersabar supaya dijauhi daripada 'rasukan' kemarahan
No comments:
Post a Comment