Ø Ayat 9 - Orang jahat tak nampak kita terutamanya orang kafir.
Ø Ayat 12 - Merupakan Jantung Yaasiin - Rasulullah s.a.w. berharap
ayat ini dihafal oleh setiap mukmin dan mukminat.
Ø Ayat 13 - 35 - Mengisahkan orang-orang yang mati syahid.
Ø Ayat 22 - 23 - Untuk menjaga aqidah Memberi hidayah kepada anak.
Ø Ayat 29 - Sebagai amalan untuk mengelakkan diri dari di fitnah dan
kejahatan mulut.
Ø Ayat 29 - Utk digunakan jika kita rasa orang nak fitnah atau aniaya
kita. Lebih elok selepas baca di semburkan ke muka orang
tsbt.
Ø Ayat 30 - Untuk keinsafan - Supaya dapat dipertemukan dengan Allah
s.w.t. (harus sentiasa berada dihati - beramal dengannya).
Ø Ayat 32 - Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik...
Caranya: Ingat yang segalanya datang dari Allah s.w.t,
Kita umat Muhammad,Kita orang Islam dll.
Ø Ayat 33 - 35 - Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk
tanam. Tanaman akan subur.
Ø Ayat 36 - Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian didunia ini
dijadikan berpasang-pasangan. Ayat ini elok diamalkan bagi
sesiapa yang belum berkahwin supaya dipertemukan jodoh.
Caranya: Baca dan berdoa, hembus dan sapu pada muka setiap
pagi sebelum keluar rumah.
Ø Ayat 37 - Adalah untuk menetapkan hati - aqidah diri sendiri... Hati
yang kering akan hidup semula.
Ø Ayat 38 - Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah
s.w.t. yang satu.
Ø Ayat 39 - Mengisahkan ilmu falak.
Ø Ayat 40 - Merupakan kenyataan Allah s.w.t. yang satu.
Ø Ayat 41 - Mengisahkan Nabi Noh a.s . naik kapal Elok dibaca sewaktu
menaiki kenderaan.
Ø Ayat 44 - Mengisahkan keseronokan hidup di dunia - Dibaca untuk
dijauhkan fitnah dalam hidup.
Ø Ayat 45 - 48 - Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s.w.t.
Ø Ayat 49 - Menceritakan hari akhirat dan kehidupannya.
Ø Tiupan pertama - Datang dengan tiba-tiba
Ø Tiupan ke-dua - Hancur
Ø Tiupan ke-tiga - Semua orang di hidupkan semula dan
hadir dipadang Mahsyar.
Ø Ayat 50 - Setiap orang akan dihisab/kira mengikut amalannya.
Ø Ayat 58 - Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala,
baca dan sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3x.
Ø Ayat 76 - Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang.
Dijadikan amalan.
Ø Ayat 76 - Jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa. Sambil pegang
dan urut dada, bacalah ayat ini.
Ø Ayat 78 - 79 - Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan badan. Untuk doa
bermula daripada Ayat yang bermaksud: "dia berkata,
Siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang padahal
telah hancur?"(Ayat 78 dan 79)- Bacalah jika sakit
tulang, urat atau tulang patah. Doktor di hospital pun
tanya dia utk rawatan pesakit mrk dan Dr Fatimah berikan
ayat ini.
Ø Ayat 79 - Katakanlah, Yang akan menghidupkannya ialah yang
menciptakannya pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui
tentang segala makhluk."
Ø Ayat 82 - Untuk Hajat - Jika berhajat sesuatu, bacalah 100x. Dibaca
pada air dan minum selama 40 hari -boleh menjadi penawar.
Jika air habis ulang bacaan tsbt sehingga 40 hari.
Caranya: Sembahyang Tahajjud (3x)berturut-turut, Baca pada
air [100x) Dan berdoa apa sahaja hajat.
Wallahualam.
1. Selepas sembahyang subuh
2. 3 pagi Jumaat berturut-turut
3. Ayat 1 - Yassin baca 7x
4. Ayat 38- 12x
5. Ayat 58- 7x
6. Ayat 82- 14x
7. Habis, diulang semula step 3 hingga 6. Kesemuanya Surah Yassin dibaca
sebanyak 3x.
8. Habis baca surah Yassin, baca Al- Fatihah, bacalah hajat yg dihajati
dan selepas hajat dibaca semula Al-Fatihah.
9. Perlu yakin, insya-Allah dgn berkat Allah ianya termakbul.
Wallahualam.
Perlu Baca Dengan Penuh Keyakinan:
Ø Yasin ialah jantung Al-Quran
Ø Mengetahui setiap makna ayat-ayat dlm Al-Quran
Ø Yasin memudahkan yang susah. Bacalah Yasin apabila:
o Anak sakit
o Didalam kesusahan
o Memudahkan urusan
o Memudahkan perjalanan
o Sebagai selusoh bilamana untuk melahirkan bayi
Ø Baca Yasin (3x) dihadapan air
Ø Baca 3 QUL (3 setiap satu)
Ø Baca Al-Fatihah
Ø Baca Yasin sebelum tidur, seperti khatam Quran (10x)
Ø Jika baca Yasin sebelum tidur serta faham maksudnya
sekali, sekira mati dalam tidur, dosa diampunkan.
Ayat 9 - "Waja'alna...."
Ø Lindungi rumah dari pencuri - baca dan tiup di
tiap-tiap penjuru rumah..
Ø Lindungi diri dari dianiaya
Ø Bagi perlindungan diri dan rumah semasa tidur
Ø Baca Ayat 9
Ø Al-Fatihah
Ø Baca 3 QUL (3 setiap satu) dan baca Ayat Kursi
Ayat 29 - "In kanat illa...."
Ø Untuk mendiamkan orang yang selalu melempar kata-kata buruk/tidak
menyenangkan kepada anda.
Ayat 36 - "subhanallazi.."
Ø Untuk cari jodoh * Tiup 7 kali dalam tangan dan sapu ke muka pada pagi
hari
Ø Ya Wadud (3x)
Ayat 58 - "Salamun..."
Ø Jika sakit anggota
Ø Tak tenang hati
Ø Baca (7 x) dan gosok pada tempat sakit
Ayat 76 - "Falayahzun.."
Ø Bila rasa sedih
Ø Untuk menenangkan hati
Ø Gosok jantung sambil baca
Ayat 78 - 79 "dari Yuhyil Wahiya..."
Ø Tulang patah
Ø Sakit sendi
Ø Sakit lutut
Ayat 82 - "Innama amruhu.."
Ø Jika mandul
Ø Untuk mengubati kanser atau tumbuhan dalam badan
o Sembahyang tahjud
o Sembahyang hajat
o Doa minta hajat
o Baca ayat 100 x dengan yakin
o Amalkan 41 malam (untuk menyembuh penyakit dalam badan)
o Seperti di atas o Bila baca ayat, tiup dalam air
o Minum 1 cawan air pada pagi hari sebelum makan / minum benda lain
o Doa sambil minum
o Untuk 41 pagi
Wallahualam.
Yang penting sesuatu itu yang hendak kita lakukan dengan .. innamal
aa'maalu binniat.. dan ikhlas melakukannya.
Dalam YASSIN merangkum:
Ø Ilmu Pertanian
Ø Ilmu Falak
Ø Ilmu Laut
Ø Ilmu Kiamat
Ø Ilmu Ciptaan Manusia
Ø Ilmu Binatang
Ø Ilmu Kenabian
Surah Yassin ini hendaklah dibaca ketika orang sakit, tengah nazak nak
mati atau sudah meninggal dunia. Baca disisi mereka dan bukannya di kubur.
terutama ayat 12) -- sebab kenapa kita perlu baca, agar orang yang sakit
berada dalam kesenangan dan orang yang masih hidup insaf bahawa esok,lusa
kita akan menyusul jua.
2 comments:
tq syg share ayat2 ni ..insyaAllah akan amalkan
Qased dalia adelia ;)
sama-sama thanks.hehe..
Post a Comment