Wednesday, February 16, 2011
Dosa Mengangkat Segelas Arak
Hai everyone..frenz..and my visitor page..
hari nie eila nak kongsi satu cerita nie..
Petikan ni di ambil dr majalah ANIS Februari 2011..
Jom baca..
Seminggu sebelum berakhirnya peperiksaan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) iaitu pada awal Disember, seorang anak muda meminta ibunya meninjau-ninjau premis perniagaan sekiranya memerlukan pekerja sambilan. Si anak becadang mencari duit poket untuk persiapan ke IPT nanti. Si Ibu berjaya mendapatkan pekerjaan untuk anaknya iaitu sebagai pelayan di sebuah hotel yang tidak jauh dari kawasan perumahan mereka.
Setiap hari anak muda itu berulang-alik dengan bas. Dipesan si ibu, jangan tinggal solat walau sesibuk manapun bekerja.Suatu hari si anak diminta oleh pengurusnya menyajikan minuman kepada pelanggan. Si anak terkejut, terketar-ketar dia hendak menuangkan minuman tersebut. Sepanjang tempoh bekerja hatinya tidak tenteram, teringatkan dosa besar yang telah dilakukan kerana menyajikan air haram.
Keesokkan paginya selepas solat Subuh, anak muda ini menyambung tidur kembali. Puas dikejut ibu tetapi dia berkeras tidak mahu bangun untuk pergi bekerja seperti biasa.
Si ibu mengejutnya lagi kerana tidak mahu dia kelewatan ke tempat kerja.
Oleh kerana terlalu marah si ibu ditengkingnya., "Mak nak suruh saya masuk neraka, mak tahu tak kerja yang saya buat itu kerja haram? Kerja pelayan itu bukan sahaja hantar makanan tapi saya kena hantar arak kepada pelanggan, mulai hari ini saya tak nak pergi kerja." Si anak menyelimuti tubuhnya hingga ke kepala.
Termangu Si Ibu pagi itu. Kepada si anak dibiarkan tidur untuk meredakan marah. "Ampunkan hambamu ini, ya Allah, aku yang bersalah. Aku tak tahu kerjanya begitu. Selamatkanlah anakku." Doa ibu dalam lelehan air mata ketika menyempurnakan tugas harian di rumah.
Kepada Si Suami, si Ibu menceritakan kejadian yang berlaku. Di pesan kepada suami agar jangan berkeras dalam menegur si anak, takut-takut marah anak makin meluap dan menjadi pertengkaran pula. Malam itu selepas selesai makan malam, si Ayah duduk di sebelah anak bujangnya dan bertanya khabar tentang pekerjaan barunya itu. Lalu si anak pun meluahkan seperti apa yang diberitahunya kepada ibu, cuma ada suaranya tidak setinggi pagi tadi. "Abang takut masuk neraka abah, bayangkan ketika abang pegang botol arak tu, tiba-tiba abang mati. Masuk neraka abang nanti"
Si Ayah mengusap bahu anak, "Abang kalau masa itu kita istighfar banyak-banyak dan tak mahu ulangi kerja kita itu, Allah pasti ampunkan kita. Abang, kerja yang terlibat dengan arak memang berdosa besar, kita akan masuk neraka. Tetapi abang tahu tak ada satu lagi dosa besar yang kita buat akan jadi sebab kita masuk neraka walau tak pegang arak?"
Si Anak menggelengkan kepala, lalu Si Ayah membuka al-Quran dan membacakan sepotong ayat, "Tuhanmu telah memerintah supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada kedua-duanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan 'ah' dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)" (Surah al-Isra':23)
"Melalui ayat ini Allah beritahu bahawa Dia marah sangat-sangat pada anak yang menengking emak dan memandang hina pada emak yang telah bersusah payah membesarkan kita. Abang marah emak pagi tadi, emak sedih sangat-sangat. Tetapi emak tetap sayangkan abang, emak doakan abang jadi anak yang soleh. Abang mesti minta ampun dengan emak kerana dosa menengking emak lebih buruk daripada dosa mengangkat segelas arak. Dosa mengangkat arak kita boleh minta ampun dengan Allah tetapi dosa dengan emak, Allah tak akan ampunkan selagi emak tidak maafkan,"jelas ayah.
Si anak menangis tersedu-sedu, berpelukan dengan si Ibu. Sesungguhnya kes begini banyak berlaku di kalangan remaja yang tidak mengambil berat soal derhaka dengan ibu. Ramai ibu diherdik oleh anak-anak kerana dituduh silap dalam mengatur kehidupan anak-anak. Tidak ada ibu yang mahukan keburukan berlaku kepada anak-anak, walau ibu kurang pendidikan namun ibu kaya dengan pengalaman yang mematangkan kehidupannya dalam mendidik anak-anak.(oleh: Hajah Jalilah Abdullah)
hehe..bagus kan cerita ni? harap kita sama-sama mengambil iktibar..
Kadang-kadang kita x perasan apa yang kita buat mengguris perasaan ibu bapa kita.
Kita sepatutnya bersyukur sbb kita ada kedua2 ibu bapa kita. Ini kerana ibu bapa sentiasa mendoakan anak-anak mereka. Jadi kalau kita ade buat slah cepat2 la mintak ampun.
Kadang2 kita xterasa bila kedua ibu bapa kita masih ada, tapi kalau dah meninggal dah xde gunanya nak menyesal mcm kata pepatah melayu "nasi sudah menjadi bubur".
So, klu ade yg pernah terkasar bahasa mintak ampun la..jgn tunggu hari raya baru nak mintak ampun..Semoga cerita diatas kita jadikan pengajaran..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
best cter yg awak tulis ni..hehe
Bukan saya yang penulis nye..Ini diambil dr majalah Anis..Sekadar berkongsi..
Meskipun seorang ibu tahu yang besar kemungkinan dia akan meninggal sewaktu sakit melahirkan bayi tapi dia tetap mempertahankan kandungannya..Seorang ibu juga perlu menanggung derita sebelum dan sesudah melahirkan bayi..Sebab itulah "Syurga di bawah tapak kaki Ibu.."
Post a Comment