Followers

Monday, August 8, 2011

Masa itU..berLalU dGn cepat


Haip bLogger
i'm on my way to malacca
here are some motivation that i wanna share for today before
travel to malacca at 9.00 a.m.
while waiting my friends..

Masa itu berLalu dGn cEpat..
So ubaH lah hidup anda deNgan lebih pantas!


This motivation i get it froM
dr irfan khairi from his boOk " Nota Jutawan Nota Motivasi"

he said.."Sekiranya anda pelajari sesuatu yang anda fikir boleh mengubahkan hidup anda.
AMALKANNYA SECEPAT MUNGKIN- jangan membuang masa atau tunggu
waktu yang sesuai kerana waktu tersebut tidak akan muncul"


Rasulullah sudah memberikan peringatan kepada kita, bagaimana memanfaatkan masa dalam lima keadaan iaitu:
Masa muda sebelum tua.
Masa sihat sebelum sakit.
Masa kaya sebelum miskin.
Masa lapang sebelum sibuk.
Masa hidup sebelum mati.
Peluang terakhir yang amat penting dan tidak mungkin dilepaskan adalah masa hidup sebelum mati. Kata Saidina Ali: “Sesiapa yang ingin hidup selepas mati, bersedia dengan amalan dan sesiapa yang tidak beramal, tiada lagi kehidupan (kenikmatan) selepas mati.”
Dari Hatim Al-Asom yang bermaksud:
Empat perkara yang hanya diketahui oleh empat jenis orang akan nilainya iaitu:

1-Nilai masa muda hanya diketahui oleh orang tua-tua
2-Nilai kedamaian hanya diketahui oleh orang yang pernah di timpa bencana.
3-Nilai kesihatan hanya diketahui oleh orang-orang sakit.
4-Nilai kehidupan hanya diketahui oleh orang-orang yang telah mati. 
 
Telah Bersabda Nabi s.a.w : Yang bermaksud:"Ada empat perkara yang berharga dalam diri manusia dan dia boleh hilang dengan empat perkara juga. Adapun yang berharga itu ialah Akal, Agama, Malu dan Amal soleh. Maka...

1-Akal boleh hilang disebabkan marah.
2-Agama boleh hilang disebabkan dengki.
3-Malu boleh hilang disebabkan tamak.
4-Amal soleh boleh hilang dan terhapus disebabkan suka menceritakan keburukan orang lain.
 
Dari Ali r.a yang bermaksud:
Sesungguhnya amalan yang paling sulit adalah empat macam:

1-Memberi maaf pada waktu marah.
2-Suka memberi pada waktu susah.
3-Menjauhi yang haram pada waktu sunyi.
4-Mengatakan yang hak kepada orang yang ditakuti atau kepada orang yang diharapkan sesuatu darinya.





No comments: