Tuesday, August 16, 2011
Mata Lebah Vs Mata Lalat
Haip Blogger.
Hari ni nak share pasal mata lebah dan mata lalat.
Mata Lebah
Lebah adalah makhluk Allah yang sentiasa mencari bunga-bunga yang wangi, manis dan segar. Dari bunga-bunga tadi ia menghasilkan madu yang sangat manis dan berguna untuk segala jenis penyakit.
Ini diriwayatkan dalam Al-Quran sendiri.
Andai berada dimana-mana pun mata lebah tetap mencari bunga-bunga yang mekar dan cantik.
Mata Lalat
Lalat adalah makhluk kejadian Allah yang sentiasa mencari sampah, bau busuk , bangkai dan juga bau hanyir. Walau lalat berada ditempat yang indah tapi Sang lalat akan mencari sampah dan hinggap pada bau yang hanyir.
Mana satukah mata yang kita gunakan?
Alangkah beruntungnya orang yang menggunakan mata lebah kerana andai kita ditemukan dengan insan2 yang negatif, kita tetap akan berfikiran positif, walau bagaimanapun ujian yang menimpa kita dikala waktu-waktu sukar, kita sentiasa berfikir bahawa mungkin Allah ingin anugerahkan kita sesuatu yang lebih baik, walau kita susah macam mana kita tetap rasa bahagia dan bersyukur.
Alangkah rugi kalau kita menggunakan mata lalat dalam kehidupan kita. Walau dianugerahi pelbagai nikmat oleh Allah S.w.t tapi kita tetap merasa susah, merasai penderitaan. Walau diberi pelbagai kemudahan kita sentiasa mengeluh dan putus asa. Kita hanya nampak kesukaran dalam kehidupan walaupun diberikan banyak peluang..
Ujian dan dugaan yang Allah berikan membuatkan saya banyak berfikir. Alhamdulillah, ujian yang Allah berikan buat saya bersyukur. Ujian yang diberikan adalah untuk kita muhasabah diri yang kita ni banyak kekurangan tapi kesenangan yang Allah berikan sekarang adalah untuk menguji tahap kita bersyukur.
Bersyukurlah kita masih diberi nikmat hidup yang berpanjangan. Pintu taubat masih terbuka luas untuk kita bertaubat. Jangan tunggu sehingga matahari terbit sebelah barat barulah masa tu nak bertaubat.
Bersyukurlah Allah bagi nikmat kesihatan yang baik. Alhamdulillah sepanjang ramadhan ni sehat je. Cube kita fikir orang yang sakit, seharian terlantar dihospital. Cuba fikir kalau kita kudung? ataupun kaki patah? Apa nak buat? duduk je kat hospital sehari-harian. Nak dekat raya ni kemalangan makin menjadi-jadi plak. So, berhati-hati semasa memandu okey?
Bersyukurlah Allah telah permudahkan segala urusan, Allah permudahkan kita masuk Universiti, Allah permudahkan kita kerja, Allah bagi rezeki untuk kita hidup lebih baik. Allah bagi itu, Allah bagi ini. Tak cukupkah lagi untuk kita merasa bersyukur?
Jadilah seorang yang bersyukur. Kita tak tahu apa yang jadi pada kita pada esok hari. Mungkin hari ini kita bergelak ketawa. Esok? Tiada siapa yang tahu. Berazamlah untuk menjadi insan yang baik walaupun kawan-kawan disekeliling kita berbuat tidak baik, walau kita susah dan senang, always give the best in our life.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Dan jgnla pndang si lalat tu negatively je... Allah xkan mncipta sumthin tu dgn sia2 walau lalat yg slalu dpandang jijik oleh kbnyakan org...
Nabi Muhammad S.A.W pun prnah bersabda: “Bila llat terjatuh ke dlm minuman, celuplah sluruhnya dan kendian buanglah ia kerna dkat sebelah sayapnye ade penawar dan sbelah sayap lg ade penyakit.”
Disbalik kburukan pasti ade hikmah/kbaikan dsebaliknye.. Konpem!!!
Maka, sbg mnusia prlulah brsyukur di atas Kebesaran Allah.
(Waaichehhh... Aku plak bg cramah kt cni!!!)
Post a Comment