Followers

Monday, February 4, 2013

Jejari Menaip

Assalamualaikum...
Hai semua, terima kasih ade lagi yg sudi menyinggah di bLog ni.
Rasa macam sejak kawen ni dah jarang-jarang meng "update" blog ni.
Kadang-kadang hari-hari bukak baca blog blogger lain tapi masih xtau nak update entri ape kat sini.

Alhamdulillah, sejak berkahwin rezeki datang melimpah-limpah..
Benarlah kata orang-orang tua "Perkahwinan membuka pintu rezeki".
Rasa rasa nya dah hampir 5 bulan kawen, tp masih lagi dapat hadiah2  kawen dr kawan-kawan..
Haha.. Rasa macam disayangi & istimewa di mata kalian.. (perasan nye diri ku)

Renungan sejenak: 
Allah berfirman: " Dan nikahkanlah orang-orang yang bujang di antara kamu, dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui." ( Surah An Nur ayat 32 )

Cuba kita fikirkan sejenak tentang ayat yang mulia ini dan apakah kebenaran ayat ini. Generasi hari ini menganggap bahawa kestabilan ekonomi yang sejajar dengan dunia moden adalah sukatan terhadap kelayakan seorang lelaki untuk berkahwin. Adakah kita tidak yakin dengan Sunnatullah yang Allah janjikan dalam ayat di atas ?

::sambung menaip::
Oklah, sebab aku pon xtau nak update entri ape kat sini..
aku biarkan tangan ku menaip dengan bebas hari ni..hehehe..
Ok, sejak hr akad nikah aku 20082012..
Majlis akad nikah & Majlis Kenduri kesyukuran diadakan di rumah nenek aku pasir putih kelantan.
Walimatulurus disebelah lelaki pulak di Kota Bharu, Kelantan.
Ha...Dua2 di kelantan?
Ramai la kawan-kawan di opisku, kawan2 di kl & selangor yg tak dapat menghadirkan diri..
Sedih jugak rasa nyer~

Jadi aku plan nak buat juga sedikit Majlis Resepsi Di Selangor. hehe..
Ala, bukan nak wat event besaq sgt pon..
Kecil2 je, nak wat makan & ajak kawan2 lama, kawan2 opis..hahaha...
Lagipun aku plan hari tu nak buat bulan 2 2013, watu CNY ke..
tapi kebetulan, ade sedara mara belah husband ni ade wat kenduri plak, so aku dah mintak cuti awal2..
Rabu ni, 06022013 aku akan balik bercuti raya cina di kampung (klate le)...
Haha...lama x cuti? mengalahkan org yg nk sambut perayaan plak kan? huuhu.. ;D

So, my planning nk wat bulan March 2013..
Sebabnye, Encik husband kata kebetulan Hari Kelahiran Keputeraan En Zul Hakimi..
Hang pa knaL ka? x knaL kan?
Lor..sabaq jer la.. bezdaY die rupanye..
aku ingat ke bestday sultan kE bestday agOng ke... ape..
Ahaks..~!!

Insyallah..tarikh akan diberitahu kelak..








1 comment:

puYoq d'AnKaboot said...

org dah kawen xyah rajin sgtla nk mengupdate blognye pn...kne rajin masak je la..hohooo...